Prinsip rekaan
Prinsip rekaan merujuk kepada kaedah dan teknik susunan atau pengolahan unsur-unsur seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna untuk menimbulkan gambaran tertentu. Terdapat 7 prinsip rekaan iaitu :
• keseimbangan
• keharmonian
• kesatuan
• komposisi
• penegasan
• kontra
• pergerakan.
1.1 KESEIMBANGAN
Keseimbangan bermaksud kesamaan dan kesepadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan
Terdapat 2 jenis imbangan iaitu:
A. Keseimbangan simetri
Unsur seni yang sama antara kiri dan kanan atau atas dan bawah (garisan ‘axis’ dilukis di tengah-tengah pembahagian tersebut)
B. Keseimbangan tidak simetri
Unsur seni tidak sama di kedua-dua bahagian tetapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan.
1.2 KEHARMONIAN
Keharmoni wujud pada benda-benda alam dan benda buatan manusia. Harmoni adalah sesuatu rekaan seni visual yang melibatkan susunan atau ulangan unsur-unsur seni visual mengikut cara dan prinsip yang tersusun dan menimbulkankesan yang menarik. Dalam konteks seni, ulangan garisan, rupa,bentuk, jalinan dan ruang dalam gaya dan arah yang tertentu atau berpandukangarisan grid akan menghasilkan gubahan yang harmoni. Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam danselesa pandangan mata
- Dalam istilah bahasa harmoni membawa maksud aman dan damai
- Dalam istilah seni harmoni merupakan hasil ulangan dan rentak unsur seni yang sesuai dan seimbang
- Harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan warna
- Harmoni tidak akan wujud jika ada unsur-unsur yang bercanggah
1.3 KESATUAN
Kesatuan wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua unsur-unsur didalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.Penggunaan unsur seni, tema serta rekaan yang baik dapat mewujudkankesatuan pada sesuatu gubahan seni visual. Mengaplikasikan prinsip kesatuandalam karya seni akan menjadikan hasil itu kelihatan lebih lengkap, teratur dansempurna di mana ia menimbulkan kesan yang sepadu dan memberi impak darisegi kekuatan karya.
- Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
- Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa.
1.4 KOMPOSISI
1.5 PENEGASAN
Penegasan wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur seni yang menonjol di dalamnya. Selain itu, ia juga disebut sebagai enter of Interest,Focal Point dan Eye Catcher. Fungsi penegasan ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, dan mengelakkan kebosanan. Penegasan dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni yang kontra atau asingkan objek yang hendak ditegaskan
Dalam proses penghasilan karya seni visual, ciri-ciri penegasan dapat dicapai melalui cara menggunakan unsur-unsur seni yang berkontra, mengasingkan elemen yang harus ditegaskan dan meletakkan objekpenegasan di pusat tumpuan dengan menggunakan garisan grid berpancaran.Aplikasi prinsip rekaan penegasan dalam gubahan seni visual dpat menimbulkanfocus atau tumpuan, menarik perhatian dan mengelakkan kebosanan.
1.6 KONTRA
Kontra wujud apabila terdapat unsur-unsur seni yang mempunyai ciri-ciri bertentangan atau bercanggahan dalam suatu gubahan. Kontra juga berkaitan dengan fokus kerana ciri-ciri bertentangan menimbulkan perbezaan. Kesan kontra dapat ditimbulkan dalam kegiatan menghasilkan karya-karya seni visual melaui pengolahan unsur-unsur seni yang berlainan, Kontra banyak diaplikasikan dalam gubahan seni visual kerana aplikasi prinsip ini dapat memberi penegasan dan tumpuan. Ia juga dapat mengelakkan kebosanan dan menjadikan hasil seni pelbagai serta menjadi lebih menarik.
- Kontra wujud jika ada unsur-unsur seni yang bertentangan atau bercanggah dalam sesuatu gubahan
- Fungsi kontra ialah untuk menarik perhatian, memberi fokus, mengelakkan kebosanan dan kesan pergerakan
- Kontra dapat dihasilkan melalui penggunaan unsur seni, teknik dan bahan yang berlainan
1.7 PERGERAKAN
Pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan teknik yang tertentu. Mengaplikasikan prinsip pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Ia juga menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup, realistik dan berkesan.
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar
- Fungsi pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan
1.7 PERGERAKAN
Pergerakan dapat diwujudkan dalam gubahan seni visual melalui pengolahan unsur-unsur seni dengan cara dan teknik yang tertentu. Mengaplikasikan prinsip pergerakan dalam kegiatan menggambar dapat menghasilkan irama dan suasana yang tertentu. Ia juga menjadikan gambar lebih menarik dan menimbulkan daya tarikan serta menimbulkan kesan visual yang lebih hidup, realistik dan berkesan.
- Pergerakan ialah keadaan yang bergetar, bergoyang, berayun, berpancar, bersinar-sinar
- Fungsi pergerakan ialah untuk memberi kesan lebih hidup dan realistic terhadap sesuatu gubahan
- Pergerakan dapat dilihat melalui kesan angin, air, ombak, taufan
No comments:
Post a Comment